Contributors

Friday, May 21, 2010

Lesson Learn for Macgyver Yg Give Up..

Testing.. Testinggg!!! This is the first experience of posting.. hehehe.. Ok not to waste more time before Lg Beany msg for today 21 May 2010 friday LUNCH.. I should make it short comment since this is my first time.. Today after sending Cinta ku to her working place.. i went straight to TAIB Financial Bank.. since it still early so apa lagi.. aku tidooo lah dalam kereta.. bukan main bising aku punya "SUBARU SOUND" heheheh.. then after "SLEEPING BEAST" aku pun uruskan claim yang sepatutnya sudah di claim awal (ada cetanya tu) hehehe nanti ayg suruh cintaku sain since this claim is under her name.. Ok back to the story.. after semua selesai akupun wondering around Belait and end up ke kedai Keling or India.. membeli ice cream choc (outside coklat dlm mint cream) together with minuman favourite Ice Lemon Tea hehehe..

Memandangkan aku sudah tidak ada tempat lagi untuk lepak akhirnya akupun balik ke rumah.. flashback cerita di rumah malam sebelumnya, aku telah berusaha dan bersusah payah untuk mengantikan hos air-con yang telah terputus kerana sudah telalu reput.. jadi macam-macam cetusan idea menusuk otak macgyver ku.. hehehe.. sampai aku pun buat macam-macam design untuk mengantikan hos.. namun semua usahaku gagal.. air tetap menitik meresap masuk kedinding simen flat.. akhirnya akupun berputus asa.. kembali pada masa sekarang.. aku pun sampai ke rumah atau flat namun aku terdengar bunyi yang biasa dan lama sudah tidak didengar sejak hos air con putus.. bila ku lihat!!!... air menitik dari tempat biasa asal dari air-con dirumah atau flat.. aku pun bergegas naik untuk memastikan apakah yang telah berlaku.. setelah aku tekan bell rumah.. amah kami telah membuka pintu dan aku terus berlari melihat air-con telah di switch on.. aku berlari dan naik ketempat air-con dipasang.. dan aku lihat satu ciptaan baru telah dibuat mengalahkan ciptaan ku.. aku terkejut.. lalu kutanya amah.. ""Siapa buat?" lalu katanya "Saya pak!! cuba-cuba saja!!".. Aku pun mengucap dalam hati.. "Subhanallah!!!" aku terus sedar menyatakan dalam hati sesungguhnya kebijaksanaan tidak hanya Allah berikan kepada orang tertentu sahaja.. aku yang mempunyai kelayakkan tinggi tidak terfikir untuk membuat perkara yang sama.. walaupun simple tapi berkesan.. sedangkan dia hanya sebagai "Amah" di rumah.. Pelajaran telah diajarkan Allah terhadap diriku.. jangan memandang orang lain rendah berbanding diri.. walaubagaimana keadaannya..

Oleh itu lesson learn hari ini.. pertama, semua manusia Allah sama ratakan jangan beranggapan aku bagus dan hebat dari orang lain.. kedua, jangan mudah berputus asa dan sentiasa beranggapan baik kepada Allah sesungguhnya ianya mungkin ujian dan mungkin Allah ingin memberikan pertolongan dengan cara lain.. dan ketiga, Allah Maha Penolong maka hampirkanlah diri padaNya dan minta kepadaNya.. Wassalam..

No comments: