Contributors

Friday, May 28, 2010

Fadhilat Selawat...

Assalamualaikum.. Lg-Lucky here hehehehe.. Sempena menyambut hari Juma'at ini maka hamba lampirkan di bawah ini hadith Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam.. yang menyatakan tentang fadhilat Selawat.. Lepas itu ada celoteh lah sedikit membuat al kisah.. hehehe..

Abu Hurairah berkata: Nabi SAW bersabda

Apabila seorang mukmin membaca selawat untukku, maka selawat itu diambil oleh malaikat
dengan izin Allah sampai ke kuburku. Maka Malaikat berkata "wahai Muhammad!, umatmu telah membaca selawat untuk engkau!" lalu kata Nabi, " sampaikan kepadanya dariku sepuluh selawat dan katakan kepadanya telah seharusnya bagimu mendapat syafaat dari ku (Nabi).

Maka Malikat tadi terus naik ke atas Arasy dan berkata, "wahai Tuhanku, sesungguhnya manusia ini telah membaca selawat sekali untuk kekasihMu. Maka Allah berfirman, " Sampaikan kepadanya dari Aku sepuluh selawat"


Sebagai mana di atas selawat kepada Nabi banyak faedahnya.. Banyak orang-orang soleh mengamalkan selawat.. sampai bermacam-macam ragam selawat yang diamalkan.. tapi hamba di sini bukannya kan mengajarkan selawat-selawatnya tapi saja mengingatkan bahawa banyak kebaikkan boleh didapat macam sales di kadai-kadai.. hehehe.. tapi ani nda payah bayar tapi pakai cakap saja hehehe.. Kalau kitani mengaku sebagai Umat Nabi Muhammad lafaz saja selawat sebanyak mungkin.. Passssssaaalllll ia berguna di kemudian hari.. masa di akhirat Allah akan memberikan izin Nabi Muhammad untuk memberikan syaafaat (memilih umatnya untuk di masukkan disyurga).. Nabi kitani akan dapat mengenal umatnya dari anggota wudhu di mana akan bercahaya masa di hari akhirat.. selain atu ia mengenal umatnya yang pernah berselawat padanya.. Nabi Muhammad adalah seorang yang penyayang akan umatnya..camana jauh sayangnya? bayangkan masa Nabi Israk Mikraj Allah telah memberikan peluang berdoa yang akan dimustajabkan disamping atu Allah jua menunjukkan cucu nabi akan syahid di bunuh.. Apa Nabi buat ia minta Allah supaya ia menyimpan doa ani untuk umatnya.. bayangkan.. Nabi stock doa atu untuk umatnya bukan untuk menyelamat cucunya.. Hingga akhir hayat Nabi pun masih sayangkan umatnya sampai akhir nafasnya ia mengulang-ulang.."Umat ku, Umat ku, Umat ku!!".. Dan kalau tidak silap hamba masa di akhirat nanti nabi akan mencari umatnya yang berselawat walaupun sekali semasa di dunia.. kalau hamba tidak silap.. jika hamba silap tolong, tolong dan tolong betulkan..

Oleh itu hamba menyeru dan mengatakan pengajaran pada hari ini ialah cinta Nabi Muhammad dengan berselawat dengannya. Hamba menasihati diri sendiri dan para pembaca blog ini supaya mencintai Nabi dan secara langsung mencintai Allah.. Bukan apa hamba takut kana soal di akhirat nanti.. takut kana soal dan kana ucap pengkhianat Allah dan Rasulnya. Sekurang-kurangnya hamba sudah menyampaikan dan mengajarkan sedikit agama yang inda seberapa ani kepada umat Islam umumnya lelaki kerana hadith ani ilmu.. jadi ilmu jangan di simpan bertagar sampai kana tanya dalam kubur.. ia lebih baik diajarkan kepada lain..

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah bersabda:

Maksudnya: Apabila anak adam meninggal dunia, maka putuslah segalah amalan kecuali 3 perkara: sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh berdoa untuknya.

Oleh itu, hamba ingin meninggalkan ilmu yang bermanfaat iaitu: mencintai Rasul (berselawat) dan dan satu lagi ilmu tentang peranan lelaki dalam berkeluarga (keluarga di ajarkan Islam, dan mewariskan anak-anak yang soleh dan solehah) seperti di bawah ini..

Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud: "Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan solat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."

Ok atu saja ceramah ku hehehe.. takut kamu boring membaca.. wassalam..

No comments: