Assalamualaikum Warahmatullah hi wabarakatuh..!!
Hamba kebawah duli tuan patik dan isteri hamba di dalam blog ini ingin mengucapkan menjunjung kasih dan tahniah terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang akan menyambut hari puja usia ke 64 tahun pada 15hb Julai 2010 ini.
Di atas jasa baginda membangun rakyat dari segi perbelanjaan pelajaran, memberikan kelebihan-kelebihan terhadap rakyatnya yang tidak akan dapat terbalas dalam hayat ini banyaknya. Dan baru-baru ini memperkuatkan lagi akidah rakyat menjadikan negara ini negara zikir. Semua ini menunjukkan baginda adalah raja yang berjiwa rakyat. Turut sama berdiri bersama rakyat bercemar duli semata-mata kerana baginda ingin benar-benar bertanggungjawab memimpin rakyatnya kearah kebaikkan dunia dan akhirat semata-mata kerana Allah.
Kami Hamba kebawah duli tuan patik berharap dan berdoa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan kekal karar memerintah negara dan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah. Mudahan mendapat kegembiraan dan keceriaan melalui hidayah, taufik dan cinta kasih sayang Allah yang berpanjangan hingga kehari akhirat.
Sekian, hamba kebawah duli tuan patik mengucapkan menjunjung kasih atas segalanya yang telah diberikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment